sila lah topong yaa

Monday, April 6, 2015

7 Manfaat Minum Air Kelapa



 

Daku Amat Menyintai Mu

IKLIM Malaysia cukup unik walaupun beriklim khatulistiwa tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung Malaysia dan utara Sabah mengalami iklim monsun tropika. Menjadikan kita sangat beruntung kerana memiliki banyak buah-buahan tropika dengan segudang manfaat. Salah satu buah itu adalah kelapa dan yang akan kita bahas adalah airnya. Pasti anda kagum membaca sederet manfaatnya yang luar biasa.

Malaysia bertuah memiliki banyak buah-buahan tropika
Antaranya buah kelapa yang manfaatnya cukup luar biasa

Air kelapa sejak dulu sudah dipercayai memberi manfaat kepada kesihatan. Dengan rasa yang lebih enak dibanding air putih biasa, air kelapa punya segudang manfaat, seperti dipetik dari laman sesawang lifehack.org.

1. Menurunkan berat badan

Kandungan lemak dalam air kelapa sangat rendah, sehingga anda boleh meminumnya dengan santai tanpa takut gemuk. Khabar gembiranya, air kelapa dapat membantu seseorang menahan lapar kerana memberi efek kenyang lebih lama.

2. Kulit lebih berkilau

Bila anda memiliki masalah jerawat atau noda di permukaan kulit, ambil kapas dan basahi dengan air kelapa. Sapu ratakan di bahagian bernoda atau jerawat secara rutin, maka masalah kulit anda akan dapat diatasi. Jika diminum, air kelapa juga boleh membuat kulit lebih berkilau.

3. Pencernaan lebih lancar

Jika anda sering mengalami masalah sembelit dan susah buang air besar, maka cubalah secara rutin meminum air kelapa. Kerana air kelapa mengandung konsentrasi tinggi serat, air kelapa dapat membantu proses pencernaan dan mengurangi kelebihan asid dan gas di perut.

4. Cairan tubuh lebih baik

Dibanding air putih biasa, air kelapa dapat memberi efek hidrasi pada tubuh. Ini bermakna, tubuh anda akan tercukupi jumlah air yang diperlukan lebih lama. Air kelapa juga lebih baik menggantikan cairan tubuh yang hilang, sebab kadar gulanya sangat rendah dan memiliki mineral yang diperlukan tubuh.

5. Mengurangi tekanan darah

Dalam banyak kes tekanan darah tinggi, mereka yang rutin meminum air kelapa memiliki tekanan darah yang lebih sihat. Bahkan beberapa ahli kesihatan menganjurkan minum air kelapa untuk mengawali hari, sehingga elektrolit dalam tubuh lebih seimbang.

6. Kaya nutrien

Berbeza dengan minuman lain bahkan minuman kesihatan sekalipun, air kelapa mengandung elektrolit yang penting untuk tubuh manusia, antara lain air kelapa mengandungi : kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan natrium. Kerana komposisi yang unik, air kelapa dapat dinikmati oleh individu dengan berbagai keadaan perawatan perubatan.

7. Bersesuaian dengan berbagai keadaan kesihatan manusia

Kerana isotonik dalam air kelapa mudah diterima oleh kebanyakan orang dengan berbagai keadaan kesihatan mereka, maka air kelapa menjadi bahan yang sering digunakan dalam hal darurat. Misalnya, ketika seseorang keracunan, maka air kelapa muda sering dipakai. Dan yang lebih sering adalah membuat tubuh segar dengan harga murah.

Itulah di antara beberapa manfaat air kelapa. Ingat ya, air kelapa yang paling baik adalah air kelapa asli dari pokok kelapa bukan yang diolah dari kilang untuk tujuan komersial.

Keberkatan Masa Dengan Membaca Al Quran




Daku Amat Menyintai Mu

Jika tuan-tuan hendak berkat dalam hidup, tenang dalam hidup dan hendak Allah tolong dalam hidup, banyakkanlah membaca al-Quran.

Seorang pelajar, setelah sudah habis belajar dan hendak pulang, lalu dia meminta nasihat dari gurunya.

Gurunya beri nasihat; "Kamu kalau hendak berkat dengan masa, banyakkan membaca al-Quran. Lagi banyak kamu membaca al-Quran lagi panjang masa kamu,"

Lalu setelah balik, dia pun baca al-Quran. Mula-mula dia baca sehari satu juzuk. Dia berasa masanya lapang.

Lagi dia sibuk dengan kerja (urusan dunia), lagi dia banyak membaca al-Quran. Bila tiga juzuk dia baca, lagi lapang masanya.

Begitulah seterusnya, lagi dia sibuk dengan urusan kerja lagi dia tambah juzuknya, lagi banyak masa yang Allah lapangkan padanya.

Sebab ada keberkatan pada masanya.

Yakin pada keberkatan al-Quran!

Dalil Tidak Boleh Mengantung Gambar Di Dalam Rumah




Daku Amat Menyintai Mu

soalan :
Assalamualaikum Ustaz. Semoga ustaz sentiasa dalam rahmat Allah. Saya ingin bertanya, saya melihat ramai rakan seusaha dakwah di rumah mereka tidak digantung gambar-gambar perkahwinan, gambar keluarga atau gambar-gambar ijazah. Begitu juga saya lihat di rumah Tok-tok Guru pondok, bahkan gambar syeikh, Ulama atau Habib pun tidak digantung, yang ada cuma frame Quran, gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Soalan saya yang pertama ada dalil ke yang kata kita tidak boleh gantung gambar? kedua, kalau tidak boleh gantung, kita nak letak gambar kat mana? terima kasih ustaz.

Jawapan :
Wa'alaikumusalam tuan Haji. Terima kasih kerana bertanya. Semoga Allah merahmati tuan haji sekeluarga dan memilih kita menjadi asbab hidayat seluruh alam.

Saya ingin menjawab persoalan tuan haji yang kedua terlebih dahulu. Tempat letak gambar yang sebaiknya ialah di dalam album gambar dan segala kenangan indah kita simpanlah dalam hati agar tidak luput dari ingatan. Insya Allah.

Mengenai persoalan pertama. Berlaku khilaf di kalangan Ulama. Ulama kontemporari seperti Syeikh Dr. Ali Jumah, membolehkannya dan beliau ada hujah beliau yang tersndiri. Bagi rakan seusaha yang mengatakan tidak boleh gantung gambar sebab memang ada dalil yang berkaitan gantung gambar di dalam rumah yang disebut dalam Sahih Bukhari. Akan tetapi sayangnya hingga ke hari ini kita lihat rumah orang Islam masih penuh dengan gambar. Kadangkala ada gambar yang tidak patut seperti gambar-gambar artis wanita yang tidak menutup aurat.

Dengan sebab itu Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke rumah. Kesan dari itu tidak wujud lagi kasih sayang sesama ahli rumah. Kadangkala salah faham berlaku ini kerana rumah tidak ada rahmat. Hairan juga dengan sesetengah masyarakat yang jemput jemaah masjid untuk baca yasin, tahlil dan doa selamat di rumah tapi Malaikat Rahmat sendiri terhalang masuk sebab ada gambar.

Kita rujuk beberapa hadis sahih Bukhari, berikut ini :

Daripada ‘Aisyah r.ha dia menjelaskan; “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah s.a.w melihat ia, baginda s.a.w berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, pembuat gambar ini akan di azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Abu Talha r.a; “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) berkata, “Malaikat (pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “kami dari golongan Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

‘Aisyah r.ha menyatakan bahawa Jibril ('alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang." Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumahmu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (Malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Daripada Ibnu ‘Abbas R.a; “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim a.s dan Mariam a.s. Kemudiannya baginda berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Ibnu ‘Abbas R.a; “Abu Talha r.a, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, "Malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar". Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Aisyah r.ha; "Nabi s.a.w menyatakan, Malaikat (pembawa Rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang di maksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadis ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang digantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekalipun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang disimpan di dalam album atau di dalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram dijadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahu a’lam.

Kelebihan Hidup Secara Minimalist




 

Daku Amat Menyintai Mu

ANDA tahu apa yang paling best setakat ini saya rasa?

— Hidup secara minimalist.

Ramai tokoh hebat didunia ini mengamalkan gaya hidup secara minimalist. Contohnya Khalifah Umar Abd Aziz dan Steve Jobs.

Sangat ringkas dan sederhana.

Apa itu gaya hidup secara minimalist?

Secara jujurnya, untuk menjadi seorang yang minimalist anda perlu hidup dengan kurang dari 50 barang, tidak boleh memiliki kereta, televisyen dan rumah.

Anda juga tidak boleh mempunyai pekerjaan. Malah tidak boleh mempunyai anak dan isteri.

Anda juga mesti sanggup makan apa sahaja, tidak boleh berus gigi, mandi tak boleh bersabun dan rela untuk pergi serta tinggal dimana-mana sahaja tempat dalam dunia ini.

OK, saya bergurau sahaja. haha.

Gaya kehidupan minimalist - Hidup ringkas dan sederhana
Kehidupan rileks dan tenang tanpa obses gadjet dan trend

Minimalist sebenarnya adalah gaya hidup yang ringkas, seringkas yang boleh. Tidak mempunyai banyak barang dan hanya memiliki benda yang diperlukan sahaja. Simple!

Gaya kehidupan minimalist cenderung kepada suasana persekitaran yang ringkas dan kemas, menyingkirkan benda yang tak diperlukan dan hanya hidup dengan barang-barang yang penting sahaja. Secara sederhana!

Ia adalah satu kehidupan yang rileks dan tenang tanpa terlalu obses dengan gadjet dan terikut-ikut dengan trend kehidupan semasa.

Hidup secara minimalist bukannya bermakna miskin dan tidak berharta, tetapi lebih selesa hidup secara sederhana dan ringkas.

Minimalist itu menenangkan.

Minimalist adalah membosankan, kosong dan tak bermakna?

Jangan silap faham.

Hidup secara minimalist bukannya kita perlu hidup kosong, bosan dan statik tanpa perubahan.

Ia bergantung kepada seseorang itu kerana setiap orang adalah berbeza. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri menyesuaikan konsep minimalist yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Bagi saya, kehidupan yang minimalist adalah menyingkirkan perkara yang tak diperlukan dan membuka ruang kepada apa yang lebih penting dan keseronokan yang lain.

Hidup secara simple membolehkan saya lebih fokus dan merasa lebih tenang, serta tidak serabut.

Ia juga membolehkan saya menyimpan lebih duit kerana saya hanya membelanjakan terhadap perkara yang diperlukan sahaja.

Apa yang best hidup secara minimalist?

Banyak.

Daku Amat Menyintai Mu
Minimalist wardrobe : Ringkas dan rileks
Kurang stress. Kurang berbelanja dan kurang hutang (lebih baik jika langsung tiada hutang). Masa untuk maintaining setiap barang kita pun berkurangan dan lebih masa untuk buat aktiviti yang kita enjoy.

hidup secara minimalis mementingkan kualiti.

Lagipun saya serabut tengok barang banyak-banyak. Dengan meminimumkan barang kita, lebih mudah untuk mengemas dan menyusun barang kita.

Dengan gaya hidup yang minimalist, kita akan merasakan :

— Hidup yang sangat ringkas & rileks.
— Merasa serba cukup.
— Balajar sayang apa yang kita ada.
Making time and space untuk fokus apa yang benar-benar penting.
— Mencari kebebasan.
— Sentiasa menjangkakan dan menerima perubahan.

Apa yang menarik mengenai minimalism ini adalah apabila kita benar-benar menghayatinya, kita akan sedar bahawa apabila kita hidup dengan serba ringkas, kita akan rasa kehidupan kita akan lebih bermakna, lebih daripada apa yang pernah kita bayangkan.

Hidup secara minimalist adalah Orang kedekut?

Tidak. Kedekut dan minimalist itu dua perkara berbeza.

Untuk jadi kedekut tak perlu jadi minimalist, orang kaya raya pun boleh kedekut. Orang yang serba lengkap dan mewah pun boleh kedekut. Semua orang boleh kedekut.

Tapi minimalist adalah lain.

Sifat seorang minimalist bukannya kedekut, tetapi berhati-hati dan hanya membelanjakan wang kepada perkara yang perlu sahaja.

Jika anda terpaksa membeli sesuatu barang, lebih baik terus memilih barang yang berkualiti, bukan barangan murah.

Kerana barangan yang berkualiti (sedikit mahal) adalah lebih elok dan tahan lama.

Minimalist adalah berkenaan dengan kualiti, bukan kuantiti.

Walaubagaimana pun, ini bukanlah ukuran yang sebenar, kerana ada juga barangan yang murah tetapi berkualiti.

Saya cadangkan anda beli barang yang anda benar-benar suka dan mahu, sebab ia akan bersama kita dengan tempoh yang lama.

Contoh berkaitan hal ini adalah dalam membeli pakaian, saya cenderung untuk beli 1 atau 2 helai sahaja dalam setahun. Yang saya rasakan cukup untuk keperluan saya sahaja.

Sebab saya tahu, bila kita terlalu banyak pakaian dalam almari, alih-alih tak dipakai juga. Pakai baju yang sama juga setiap minggu.

Orang lelaki mungkin tiada masalah dengan perkara ini, tetapi mungkin sukar kot bagi orang perempuan. haha!

Bagi saya, daripada kita membeli dan menambah pakaian baru pada setiap bulan, apa kata anda belajar memenuhkan almari baju anda dengan beberapa helai koleksi pakaian yang berkualiti, cantik dan kita boleh pakai selalu, serta berasa puas hati bila memakainya.

Yang penting, minimumkan pembelian dalam setiap perkara.

Simple itu sexy.

Penutup

Hidup secara minimalist adalah bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Minimalism adalah merupakan alat untuk menyingkirkan sesuatu yang tak diperlukan, supaya dapat menjalani hidup yang lebih bermakna.

— kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan, kebebasan dan adanya kesedaran kendiri.

Bila saya telah dapat menyingkirkan perkara lain, saya akan lebih dapat menumpukan fokus kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupan seperti kesihatan, hubungan silaturahim, passion saya, dan sumbangan terhadap masyarakat.

That’s what living a meaningful life is about for me.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga seorang minimalist?

Usia 6 Tahun Pertama Yang Kritikal Dalam Mendidik Anak

 
 
 
 

Daku Amat Menyintai Mu

USIA 6 tahun pertama adalah waktu paling kritikal dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Pada waktu inilah ibubapa jangan lepaskan peluang untuk mendidik mereka sebaiknya.

Enam tahun pertama adalah waktu paling kritikal
Dalam usaha mendidik anak-anak jadi cemerlang

Berikut ini soalan yang ditujukan kepada seorang ibu yang mempunyai pengalaman mendidik anak-anaknya sejak usia 6 tahun pertama lagi. Jawapan yang diberikan bermanfaat kepada ibubapa lain yang pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Soalan :

Bagaimana mendisiplinkan jadual, istiqamah serta fokus homeschooling kepada anak-anak? Anak saya berumur 7 tahun tidak boleh belajar di rumah. Dia juga tidak fokus apabila saya yang mengajarnya.

Jawapan :

Enam tahun pertama anak-anak adalah merupakan 6 tahun yang sangat kritikal. Enam tahun pertama adalah saat dimana mereka mula menerima serta menyimpan segala maklumat di dalam minda mereka.

Selepas 6 tahun, tindakan serta pemikiran mereka adalah terjemahan dari apa yang mereka simpan selama 6 tahun. Sekiranya puan bercadang untuk melakukan homeschooling kepada anak, lakukan seawal yang boleh serta istiqamah.

Ini kerana, jika puan lambat memulakannya serta tidak istiqamah, minda mereka sudah menyimpan maklumat bahawa rumah ialah tempat untuk mereka bermain, melakukan aktiviti santai bersama keluarga dan bukan tempat untuk mereka belajar.

Lebih menyukarkan jika mereka sudah ada pengalaman ke sekolah. Minda mereka akan memberitahu bahawa ibu bukanlah guru mereka. Ibu ialah yang menjaga keperluan mereka. Jika hendak belajar, mereka perlu ke sekolah dan perlu ada guru.

Selain dari izin Allah, ini sahajalah tips yang saya lakukan, sehinggakan kini apabila sampai waktu belajar mereka sendiri akan tahu dan memanggil saya, "Mama, sekarang waktu belajar kan..?"

Dan lebih menyeronokkan apabila orang bertanya, "siapa nama cikgu awak..?" Mereka dengan pantas menjawab, "cikgu saya adalah mama saya dan rumah saya ialah sekolah saya.."